Desaru ialah sebuah kawasan pelancongan pantai di Daerah Kota Tinggi, Johor, Malaysia. Ia terletak lebih kurang 88 kilometer timur dari Johor Bahru, berhadapan dengan Laut China Selatan.

Berdekatan dengan pantai ini terletaknya Bandar Penawar, yang mana terdapat beberapa sekolah berasrama. Antaranya ialah Sekolah Menengah Sains Kota Tinggi, Sekolah Sukan Bandar Penawar dan Sekolah Menengah kebangsaan Agama Bandar Penawar dan Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Penawar.

Desaru Coast

sunting

Desaru Coast, terletak di Bandar Penawar, Johor, adalah destinasi pelancongan terbesar di daerah Kota Tinggi. Destinasi ini menawarkan pelbagai aktiviti untuk penggemar pengembaraan serta mereka yang mencari ketenangan untuk tujuan penyembuhan (healing).

Aktiviti di Desaru Coast

sunting
  • Adventure Waterpark Desaru Coast: Taman air yang menawarkan pelbagai permainan dan aktiviti yang menyeronokkan untuk seisi keluarga.
  • Spa Augustinus Bader: Rawatan spa yang mewah dan inovatif, diakui memenangi anugerah dan merupakan yang pertama di Asia Tenggara.
  • Resort Mewah dan Tempat Makan: Terdapat pelbagai pilihan resort mewah dan tempat makan yang direka untuk memberikan keselesaan maksimum kepada para pelancong.[1]


Rujukan

sunting
  1. ^ "5 TEMPAT MENARIK DI JOHOR". FindHouse News. Dicapai pada 2024-10-11.

Pautan luar

sunting