Daerah Miri
Miri merupakan sebuah daerah yang berada di wilayah Sarawak, Malaysia. Daerah ini berada di bawah pentadbiran Bahagian Miri. Pusat pentadbiran bagi daerah ini ialah Bandaraya Miri, bandar kedua terbesar di Sarawak.
Miri ميري | |
---|---|
Negara | Malaysia |
Negeri | Sarawak |
Bahagian | Miri |
Pusat pentadbiran | Miri |
Pihak berkuasa tempatan | Majlis Bandaraya Miri |
Keluasan | |
• Jumlah | 5,143 km2 (1,986 batu persegi) |
Penduduk (2020)[1] | |
• Jumlah | 248,877 |
• Kepadatan | 48/km2 (130/batu persegi) |
Poskod | 98xxx |
Daerah ini dianggarkan mempunyai keluasan sebanyak 5,143 kilometer persegi dan mempunyai jumlah penduduk seramai 248,877 orang pada tahun 2020. Majoriti penduduk di daerah ini merupakan masyarakat Bumiputera Sarawak, yang majoritinya berbangsa Iban.
Sejarah
suntingPada asalnya pentadbiran daerah Miri merangkumi kawasan daerah Subis, di mana pada ketika itu dua daerah kecil berada di bawah pentadbiran daerah Miri iaitu Sibuti dan Niah-Suai. Daerah kecil Sibuti dan Niah-Suai kemudiannya dipisahkan daripada pentadbiran daerah Miri, dengan kedua-duanya diletakkan di bawah pentadbiran daerah yang baharu. Satu daerah kecil yang baharu juga diletakkan di bawah pentadbiran daerah Miri, iaitu Bario.
Demografi
suntingPertumbuhan kelompok penduduk yang berada di Daerah Miri pada tahun 1991 hingga tahun 2000 adalah sebanyak 3.5% manakala pada tahun 2000 sehingga tahun 2010 terdapat penurunan pertumbuhan kelompok penduduk sebanyak 2.88%.[2]
Rujukan
sunting- ^ "Key Findings of Population and Housing Census of Malaysia 2020" (pdf) (dalam bahasa Bahasa Melayu dan Inggeris). Jabatan Perangkaan Malaysia. ISBN 978-967-2000-85-3.
- ^ "Table 8: Number of persons and average annual population growth rate (per cent) by state and administrative district, 1991, 2000 and 2010 (cont'd, page 35)" (PDF). Statistics Department, Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 15 November 2014. Dicapai pada 18 March 2015.