Bahasa Māori
Bahasa Māori (nama dalam: te reo Māori, diringkaskan kepada te Reo, "bahasa") merupakan sebuah bahasa Polinesia Timur dituturkan oleh orang Māori iaitu bangsa peribumi asli menduduki New Zealand. Bahasa ini mempunyai hubungan rapat dengan bahasa Māori Kepulauan Cook, bahasa Tuamotu dan bahasa Tahiti. Namun begitu, bahasa ini kurang sama dengan Bahasa Hawaii dan bahasa Marquesa serta lebih jauh ke bahasa-bahasa Polynesia Barat termasuk Bahasa Samoa, bahasa Tokelau, bahasa Niue dan bahasa Tonga.
Māori | |||||||
---|---|---|---|---|---|---|---|
Te Reo Māori | |||||||
Asli kepada | New Zealand | ||||||
Kawasan | Polinesia | ||||||
Penutur bahasa | 157,110 [1] | ||||||
Status rasmi | |||||||
Bahasa rasmi di | New Zealand | ||||||
Dikawal selia oleh | Māori Language Commission | ||||||
Kod bahasa | |||||||
ISO 639-1 | mi | ||||||
ISO 639-2 | mao (B) mri (T) | ||||||
ISO 639-3 | mri | ||||||
ELP | Māori | ||||||
|
Bahasa ini merupakan antara tiga bahasa rasmi diiktiraf di negara New Zealand selain bahasa Inggeris dan Bahasa Isyarat New Zealand;[2] status rasmi ini diberikan berikutan lulusnya Akta Bahasa Māori 1987.[3]
Sejarah perkembangan
suntingSejak kedatangan bangsa Māori ke New Zealand sebelum dijajah oleh Bangsa Inggeris, bahasa Māori adalah bahasa rasmi di wilayah tersebut. Bermula pada tahun 1860-an, bahasa Māori mula tergugat dengan adanya bahasa Inggeris yang dibawa oleh para pelayar dari Inggeris iaitu mubaligh, pelombong dan pedagang. Pada akhir abad ke-19, sistem pendidikan Inggeris mula diperkenalkan bagi seluruh penduduk New Zealand, dan pada tahun 1880-an penggunaan bahasa Māori di sekolah adalah dilarang. Oleh sebab demikian, semakin ramai orang Māori belajar bahasa Inggeris kerana telah menjadi kewajipan serta peluang yang diberikan untuk berbahasa Inggeris. Namun demikian, sehingga Perang Dunia II, masih ramai orang Māori masih menggunakan bahasa Māori sebagai bahasa ibunda mereka. Pada waktu itu, Bahasa Māori digunakan untuk kegiatan keagamaan di gereja, di rumah, untuk pertemuan-pertemuan politik serta akhbar yang menggunakan bahasa tersebut.
Pada tahun 1930an, anggota parlimen daripada kalangan bangsa Māori dipinggirkan kerana pada zaman itu semua pertemuan parlimen New Zealand hanya menggunakan bahasa Inggeris. Dalam linkungan ini, jumlah penutur bahasa Māori mula menurun secara drastik hingga pada tahun 1980an, kurang dari 20% daripada orang Māori boleh berbahasa Māori dengan fasih. Bahkan daripada jumlah tersebut, banyak yang tidak menggunakan bahasa Māori di rumah mereka lagi.
Bermula pada tahun 1980an, para pemimpin bangsa Māori mulai menyedari kehilangan bahasa mereka yang akan menjejaskan identiti kebudayaan bangsa Māori. Kebudayaan bangsa Māori yang mula pupus itu dipulihara dengan pelbagai jenis program, salah satu daripadanya ialah program “Menghidupkan Kembali bahasa Māori” . Selain itu, terdapat juga gerakan Kōhanga Reo yang mengajarkan bahasa Māori sejak kecil hingga ke alam persekolahan. Program ini kemudian ditambahakan dengan program Kura Kaupapa, iaitu sekolah rendah yang menggunakan bahasa perantaraan dalam bahasa Māori.
Klasifikasi
suntingBahasa Māori termasuk rumpun bahasa Polinesia. Ahli bahasa mengklasifikasikan bahasa ini ke dalam golongan bahasa Polinesia Timur, kumpulan kecil daripada bahasa-bahasa Tahiti, yang mencakupi bahasa Rarotonga yang digunakan di Kepulauan Cook dan bahasa Tahiti yang digunakan di Tahiti. Bahasa ini juga berkait rapat dengan bahasa Hawaii dan bahasa Rapa Nui yang digunakan di Pulau Paskah.
Walaupun bahasa-bahasa Polinesia ini berkait rapat, namun bahasa-bahasa ini bukan merupakan dialek dari satu bahasa yang sama tetapi merupakan bahasa yang berbeza. Bahasa-bahasa tersebut sudah terpisah dan berkembang sendiri-sendiri selama berabad-abad, mungkin terdapat sebilangan kecil kemungkinan penutur satu bahasa Polinesia dapat memahami bahasa Polinesia yang lain. Namun demikian, sejarah mencatatkan bahawa dalam perjalanannya ke New Zealand pada akhir abad ke-18, Kapten James Cook dapat berkomunikasi secara efektif dengan bangsa Māori menggunakan jurubahasa orang Tahiti.
Taburan geografi
suntingPada dasarnya, Bahasa Māori hanya digunakan di New Zealand. Penggunanya mencapai 100 000 orang iaitu hampir kesemuanya keturunan Māori. Orang yang hanya boleh berbahasa Māori kemungkinan hanya sedikit sekali jumlahnya. Tetapi, cukup banyak orang yang belajar bahasa Māori terlebih dahulu daripada bahasa Inggeris kerana bahasa Māori bertahan sebagai bahasa komunikasi di beberapa pemukiman terpencil di daerah Northland, Uruwera dan East Cape. Bahasa Māori dapat dikatakan berhenti menjadi bahasa yang hidup di masyarakat sejak zaman pasca perang, ketika terjadi urbanisasi besar-besaran populasi Māori ke kota-kota.
Struktur
suntingBunyi
suntingVokal
suntingDepan | Pusat | Belakang | |
---|---|---|---|
Sempit | i iː i ī |
u uː u ū | |
Separuh sempit | e eː e ē |
o oː o ō | |
Luas | a aː a ā |
Bagi orang awam: bahasa Māori memiliki lima vokal pendek mirip bahasa Melayu (a, e, i, o, u) dengan "e" talling (é) seperti pada kata "semak". Selain itu, bahasa Māori memiliki lima vokal panjang yang pada umumnya ditandakan dengan makron di atas vokal yang dipanjangkan (contoh: "a" menjadi "ā"). Semua vokal dapat digunakan berpasangan kecuali "uo". Bunyi vokal bahasa Māori umumnya amat sukar disebut bagi penutur bahasa Inggeris, namun penutur bahasa Melayu mungkin akan hadapi kesukaran membezakan antara vokal pendek dan panjang melainkan yang pernah didedahkan konsep ini melalui pembelajaran bahasa lain yang ada ciri ini seperti bahasa Jepun atau bahasa Arab.
Konsonan
suntingDwibibir | Gusi | Velar | Glotis | |
---|---|---|---|---|
Hentian/Plosif | p p |
t t |
k k |
|
Geseran/Frikatif | ɸ wh |
h h | ||
Sengauan | m m |
n n |
ŋ ng |
|
Tap | ɾ r |
|||
Separavokal | w w |
Umumnya, penyebutan konsonan dalam bahasa Māori mirip dengan bahasa Melayu, termasuk dalam pelafalan konsonan <ng>. Konsonan <wh> diucapkan secara bervariasi, namun umumnya disebut seperti bunyi "f" atau "h" yang lemah, dengan posisi bibir atas dan bawah saling bertemu (bilabial). Pada masa kini, banyak juga yang mengucapkannya seperti seperti huruf "f" saja (labiodental).
Suku kata
suntingSuku kata dalam bahasa Māori memiliki bentuk V, VV, KV atau KVV. Dua bunyi konsonan tidak didapati berturutan (ng dan wh adalah masing-masing satu bunyi konsonan), dan tidak ada suku kata yang berakhir dengan konsonan. (Aturan ini diterapkan pada transliterasi nama-nama dari bahasa asing, seperti Perehipeteriana "Presbiterian". Semua kombinasi KV digunakan kecuali who, wo, wu dan whu yang hanya muncul pada beberapa kata serapan dari bahasa Inggeris seperti wuru "wol" dan whutoporo "bola sepak" (daripada perkataan football).
Kosa kata bahasa Māori amat terbatas; hampir semua kata-kata pendek (1-4 huruf) yang mungkin dibuat sudah memiliki maksudnya, sehingga pengucapan yang jelas sangat penting.
Dialek
suntingDialek dalam bahasa Māori tidak menghalangi kemampuan untuk saling mengerti penuturan masing-masing berdasarkan dialek-dialek tertentu. Ada pelbagai variasi dalam system penyebutan dan loghat, namun pada dasarnya bahasa Māori adalah satu bahasa yang sama di seluruh negeri.
Perbezaan penyebutan yang utama adalah:
- suku-suku (iwi) di Wanganui dan Taranaki tidak menggunakan huruf h atau menggantinya dengan bunyi hentian glotis; mereka juga mengganti bunyi wh dengan w saja
- suku Tuhoe dan sebahagian orang di daerah Eastern Bay of Plenty menyebut ng sebagai n
- di sebahagian daerah hujung utara P. Utara, menyebut wh lebih jelas daripada daerah lain
- di daerah selatan P. Selatan, mengunakan bahasa Māori loghat Kāi Tahu
Sistem Penulisan
suntingSecara amnya, bahasa Māori tidak mempunyai sistem penulisan. Para mubaligh yang pertama kali mencuba menulis dalam bahasa ini menggunakan abjad rumi bermula pada tahun 1814. Pada tahun 1820, Profesor Samuel Lee dari Universiti Cambridge bekerjasama dengan seorang ketua suku bernama Hongi Hika dan saudaranya asal dari Waikato untuk membuat sistem penulisan Māori secara sistematik. Usaha mereka menggunakan ejaan fonetik berhasil dengan berjayanya dan system penulisan Bahasa Māori tidak banyak berubah sejak saat itu. Perubahan kecil yang dibuat kemudian hanyalah membezakan tulisan untuk bunyi w dan wh serta penambahan makron di akhir abad ke-19. Para mubaligh melaporkan bahawa pada tahun 1820-an, orang Māori di seluruh pelusuk negera ini saling mengajarkan baca dan tulis antara satu sama lain dengan menggunakan peralatan sediaada seperti daun dan arang, pahatan kayu, dan kulit binatang apabila tidak mempunyai kertas.
Status
suntingBahasa Māori memiliki status bahasa rasmi (bersama dengan bahasa Inggeris) di New Zealand. Kebanyakan struktur pemerintahan dan jabatan -jabatanya kini memiliki nama dalam bahasa Māori juga, seperti Te Tari Taiwhenua "Jabatan Dalam Negeri", Te Papa Atawhai "Jabatan Pemeliharaan ". Pejabat pemerintah tempatan dan perpustakaan awam juga memasang tanda-tanda dalam dua bahasa. Pejabat Pos juga mengunakan nama tempat dalam bahasa Māori sebagai alamat surat. New Zealand juga mengeluarkan dana bagi memastikan pengajaran bahasa Māori dapat dipelajari sebagai mata pelajaran pilihan di semua sekolah negeri dan sejak bulan Mac 2004, sebuah program TV Māori diterbitkan. Pada masa kini, orang menganggap bahawa pelestarian bahasa adalah tanggungjawab pemerintah, sebagai sebahagian daripada pentafsiran atas Perjanjian Waitangi. Usaha- usaha untuk menghidupkan bahasa Maori ini berhasil dengan perubahan yang dilakukan.
Bandar Bahasa Māori
suntingHari Bahasa Māori adalah sebuah program inisiatif dari kelompok aktivis Ngā Tamatoa di tahun 1970an. Gerakan ini kemudian berkembang menjadi Bandar Bahasa Māori yang kini diperingati setiap tahun pada minggu terakhir bulan Julai.
Nota
sunting- ^ Banci New Zealand 2006
- ^ "Official languages". New Zealand Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 Disember 2012. Dicapai pada 8 Jun 2012.
- ^ "Recognition of Māori Language". New Zealand Government. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2012. Dicapai pada 29 Disember 2011.
Rujukan
sunting- Biggs, Bruce (1994). Does Maori have a closest relative? In Sutton (Ed.)(1994), pp. 96–-105.
- Biggs, Bruce (1998). Let's Learn Maori. Auckland: Auckland University Press.
- Clark, Ross (1994). Moriori and Maori: The Linguistic Evidence. In Sutton (Ed.)(1994), pp. 123–-135.
- Harlow, Ray (1994). Maori Dialectology and the Settlement of New Zealand. In Sutton (Ed.)(1994), pp. 106–-122.
- Sutton, Douglas G. (Ed.) (1994), The Origins of the First New Zealanders. Auckland: Auckland University Press.
Pautan luar
suntingWikipedia Bahasa Māori, ensiklopedia bebas |
- korero.maori.nz Māori language educational resources
- NZ Reo, NZ Pride Diarkibkan 2006-02-03 di Wayback Machine
- Ethnologue report for Maori Diarkibkan 2006-10-12 di Wayback Machine
- Māori Language Commission (for definitive standards).
- English and Māori Word Translator Diarkibkan 2004-10-12 di Wayback Machine from the Knowledge Engineering Laboratory of the University of Otago.
- Online edition of the Ngata Māori–English English–Māori Dictionary from Learning Media; gives several options and shows use in phrases.
- Webster's Māori–English Dictionary — (Take care. Uses the double letter long vowel conventions instead of macrons).
- Free Māori spellchecker Diarkibkan 2006-02-02 di Wayback Machine
- Collection of historic Māori newspapers
- Maori Phonology