Bahasa Aceh

bahasa bangsa Acheh, berasal daripada Acheh di hujung utara pulau Sumatra

Bahasa Aceh (Jawi: بهسا اچيه) merupakan sebahagian daripada Keluarga Bahasa Melayu-Polinesia. Bahasa ini dituturkan di Nanggröe Aceh Darussalam merupakan berpengaruh di sebahagian besar wilayah kecuali di Bener Meriah, Aceh Tengah, Gayo Lues, Aceh Tamiang, Aceh Singkil, Aceh Tenggara dan Simeulue. Penutur bahasa Aceh juga boleh ditemui disebahagian kawasan di Malaysia, misalnya keturunan Aceh di Yan, Kedah. Ada kemungkinan Bahasa Aceh mempunyai kesamaan dengan Bahasa Cham dan Bahnar di Kemboja dan Vietnam.

Bahasa Aceh
Aceh
Asli kepadaIndonesia
KawasanAceh, Sumatra
Penutur bahasa
3.5 juta (Bancian 2000)
Kod bahasa
ISO 639-2ace
ISO 639-3ace
Map

Bahasa Aceh telah mengalami berulang kali perubahan ejaan, mulai penggunaan abjad Arab, abjad Latin ejaan lama, dan sekarang adalah Ejaan Yang Disempurnakan. Berikut adalah kaedah ejaannya:

  • Ee dibaca seperti huruf "e" dalam kata "dekat"; contohnya: le (banyak).
  • Èè dibaca seperti huruf "e" dalam kata "besok"; contohnya: lè (dulu).
  • Éé dibaca seperti huruf "e" dalam kata "kue"; contohnya: lé (oleh).
  • Ëë tidak ditemui padanannya dalam bahasa Indonesia.
  • Öö tidak ditemui padanannya dalam bahasa Indonesia.
  • Ôô dibaca seperti huruf "o" dalam kata "soto", "foto", "tato"; contohnya: bôh (taruh), sôh (tinju), tôh (mengeluarkan).
  • Oo dibaca seperti huruf "o" dalam kata "tolong", "kota"; contohnya: boh (buah), soh (kosong), toh (mana).

Pengkelasan dan bahasa-bahasa terkait

sunting

Bahasa Aceh adalah rumpun bahasa Austronesian Malayo-Polinesia. Bahasa terhampir dengan Bahasa Aceh adalah bahasa-bahasa Cham yang lain, yang pada dasarnya dituturkan di Vietnam. Bahasa yang paling hampir dengan keluarga Cham ialah keluarga Bahasa Melayu, termasuk bahasa-bahasa yang dituturkan di Sumatra seperti Gayo, Bahasa Batak dan Minangkabau serta Bahasa Kebangsaan Indonesia (Bahasa Melayu Indonesia). Paul Sidwell menyatakan bahawa Bahasa Aceh mungkin mempunyai substratum Austroasiatik.

Kawasan tuturan

sunting

Bahasa Aceh dituturkan Sumatera Utara terutamanya di kawasan pesisir Aceh. Bahasa ini dituturkan di 13 daerah dan 4 kota di Aceh, iaitu:

Bandar

  1. Sabang
  2. Banda Aceh
  3. Lhokseumawe
  4. Langsa

Pantai Timur Laut

  1. Aceh Besar
  2. Pidie
  3. Pidie Jaya
  4. Bireuen
  5. Aceh Utara
  6. Aceh Timur (kecuali di 3 sub-daerah - Serba Jadi, Peunaron dan Simpang Jernih di mana Bahasa Gayo lebih lazim dituturkan)
  7. Aceh Tamiang (sub-daerah Manyak Payet and Kuala Simpang)

Pantai Barat-Selatan

  1. Aceh Jaya
  2. Aceh Barat
  3. Nagan Raya
  4. Barat daya Aceh (kecuali di sub-daerah Susoh di mana Bahasa  Aneuk Jamee lebih lazim dituturkan)
  5. South Aceh (bahasa campuran antara Bahasa Kluet dan Aneuk Jamee lebih lazim dituturkan)

Sistem Tulisan

sunting

Sebelumnya, Bahasa Aceh ditulis dalam Skrip Arab yang disebut Jawoë atau Jawi dalam Bahasa Melayu. Skrip ini makin kurang diamalkan pada masa kini. Semenjak penjajahan oleh Orang Belanda, Bahasa Aceh ditulis dalam Skrip Latin dengan penambahan huruf tambahan. Huruf tambahan tersebut adalah, é, è, ë, ö dan ô. Suara ɨ diwakili oleh 'eu' dan bunyi ʌ diwakili oleh 'ö'. Huruf 'ë' digunakan untuk mewakili bunyi schwa yang membentuk bahagian diphthong kedua. Huruf f, q, v, x, dan z hanya digunakan dalam kata pinjaman.

Loghat

sunting

Setakat ini belum ada kajian menyeluruh mengenai dialek Bahasa Aceh. Walau bagaimanapun, terdapat sekurang-kurangnya 10 dialek dalam Bahasa Aceh. Dialek tersebut adalah Pasè, Peusangan, Matang, Pidië, Buëng, Banda, Daya, Meulabôh, Seunagan dan Tunong.

Contoh

sunting
  • Peu haba? = Apa khabar?
  • Haba gèt = Khabar baik.
  • Lôn piké geutanyoë han meureumpok lé = Saya ingat kita takkan berjumpa lagi.
  • Lôn jép ië u muda = Saya minum air kelapa muda.
  • Agam ngön inong = lelaki dan wanita
  • Lôn = saya
  • Kah, droën = kamu, anda
  • Han = tidak,tak
  • Na = ada
  • Hana = tak ada
  • Pajôh = makan
  • Jih, dijih, gobnyan = dia, beliau
  • Ceudah that gobnyan = kacak sekali dia.

Hatne gakmo ke

sunting