Negara-Negara Komanwel
Negara-Negara Komanwel atau Komanwel sahaja (Bahasa Inggeris: Commonwealth of Nations) merupakan satu persatuan yang melibatkan negara-negara berdaulat yang memperoleh kemerdekaan oleh British atau pernah dijajah oleh pihak British kecuali Amerika Syarikat, yang tidak terlibat dalam kesatuan ini.
Bukan semua ahlinya mengiktiraf raja British, Raja Charles III sebagai ketua negara. Negara-negara yang mengambilnya sebagai ketua negara termasuk dalan Alam Komanwel ataupun "Commonwealth Realm". Bagaimanapun, majoriti ahli-ahli persatuan ini pula bersifat republik manakala sebahagian negara-negara yang lain pula mempunyai sistem beraja mereka yang tersendiri seperti Malaysia, Brunei dan Tonga. Namun demikian, semua ahlinya menganggap Raja Charles III sebagai Ketua Komanwel.
Sejarah
suntingKomanwel merupakan lanjutan Empayar British yang lahir daripada Persidangan Imperial pada akhir 1920-an. Selepas negara-negara jajahan British mencapai kemerdekaan, komanwel telah ditubuhkan untuk menyatukan negara-negara bekas jajahan British ini.[perlu rujukan]
Senarai ahli mengikut benua
suntingTarikh keahlian (dalam kurungan).
- Eropah
- United Kingdom (1931) (Alam Komanwel)
- Cyprus (1961)
- Malta (1964)
- Amerika Utara
- Kanada (1931) (Alam Komanwel)
- Jamaica (1962) (Alam Komanwel)
- Trinidad dan Tobago (1962)
- Barbados (1966) (Alam Komanwel)
- Bahamas (1973) (Alam Komanwel)
- Grenada (1974) (Alam Komanwel)
- Dominika (1978)
- Saint Lucia (1979) (Alam Komanwel)
- Saint Vincent dan Kepulauan Grenadine (1979) (Alam Komanwel)
- Antigua dan Barbuda (1981) (Alam Komanwel)
- Belize (1981) (Alam Komanwel)
- Saint Kitts dan Nevis (1983) (Alam Komanwel)
- Amerika Selatan
- Guyana (1966)
- Afrika
- Afrika Selatan (1931) (meninggalkan Komanwel antara 1961 - 1994)
- Ghana (1957)
- Nigeria (1960) (digantung antara 1995 - 1999)
- Sierra Leone (1961)
- Tanzania (1961)
- Uganda (1962)
- Kenya (1963)
- Malawi (1964)
- Zambia (1964)
- Gambia (1965) (meninggalkan Komanwel antara 2013 - 2018)
- Botswana (1966)
- Lesotho (1966)
- Mauritius(1968)
- Eswatini (1968)
- Seychelles (1976)
- Namibia (1990)
- Mozambique (1995) (negara pertama bukan jajahan British)
- Cameroon (1995)
- Rwanda (2009) (negara kedua bukan jajahan British)
- Gabon (2022) (negara ketiga bukan jajahan British)
- Togo (2022) (negara keempat bukan jajahan British)
- Australia dan Oceania
- Australia (1931) (Alam Komanwel)
- New Zealand (1931) (Alam Komanwel)
- Fiji (1970) (meninggalkan Komanwel antara 1987 - 1997, digantung 2000 - 2001 dan 2009 - 2014)[2]
- Samoa (1970)
- Tonga (1970)
- Papua New Guinea (1975) (Alam Komanwel)
- Kepulauan Solomon (1978) (Alam Komanwel)
- Vanuatu (1980)
- Tuvalu (1978) (Alam Komanwel)
- Kiribati (1979)
- Nauru (1999)
Bekas ahli
sunting- Republik Ireland meninggalkan Komanwel pada 1949
- Dominion Newfoundland dijadikan wilayah di Kanada pada 1949
- Zimbabwe meninggalkan Komanwel pada 2003.
Sukan
suntingRujukan
sunting- ^ "Annex B — Territories Forming Part of the Commonwealth" (PDF). Her Majesty's Civil Service. September 2011. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2011-12-06. Dicapai pada 19 November 2013. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ "Fiji Suspended from the Commonwealth". Commonwealth Secretariat. 1 September 2009. Dicapai pada 2 September 2009.