Wikipedia:Hari ulang tahun pilihan/2 September
2 September: Hari Kebangsaan di Vietnam (1945)
- 31 SM – Tentera pimpinan Octavian mengalahkan angkatan Marcus Antonius dan Cleopatra di Pertempuran Actium (gambar), Laut Ionia.
- 1666 – Satu kebakaran besar melanda London dan memusnahkan lebih 13,000 bangunan.
- 1870 – Perang Perancis-Prusia: Napoleon III dari Perancis ditawan dalam Pertempuran Sedan.
- 1967 – Paddy Roy Bates mengisytiharkan "HM Fort Roughs", bekas Kubu Maunsell Perang Dunia II di Laut Utara berhampiran dengan pantai Suffolk, England, sebagai negara bebas: Kerajaan Kecil Sealand.
- 1990 – Transnistria mengisytiharkan kemerdekaan sebelah pihak daripada RSS Moldavia Kesatuan Soviet, namun hanya baru diiktiraf Abkhazia dan Ossetia Selatan, yang juga belum diiktiraf sepenuhnya.
Hari-hari sebelum: 1 September – 31 Ogos – 30 Ogos